|
Maaf, sesetengah
mungkin tidak berasa selesa dengan review jujur
saya ini...
"Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Dua Ebook PPC Yang Sedang Hangat Di Pasaran
Sekarang . . . Terbongkar Disini!"
... juga tindakan
yang anda perlu lakukan!

Dari Amirul Faisyal,
Salam sejahtera 'bakal' pengguna PPC,
Saya ada kempen baru untuk dilancarkan di Google Adwords, jadi saya
tidak akan membazirkan masa anda dan juga masa saya disini.
Saya yakin anda sudah mengetahui gambaran kasar (big picture) apa itu
pengiklanan melalui Pay Per Click Search Engine. Jika tidak, anda boleh
baca penerangannya di Wikipedia di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Pay_per_click
(Er...jangan lupa untuk kembali ke sini)
Melainkan anda jarang mengikuti perkembangan perniagaan Internet di
Malaysia, anda mesti 'sedar' dan 'tahu' akan kedua-dua
ebookPPC ini:
Ebook # 1 :
Rahsia PPC Percuma dari Mohd Naim, dan
Ebook # 2 : Panduan
Asas Yahoo! Search Marketing dari Rammel Firdaus.
Saya telah mendapatkan
kedua-dua ebook tersebut. Malah testimonial saya juga ada terpampang di
surat jualan salah satu ebook tersebut.
Jadi, secara ringkasnya, saya telahpun mendalami isi kandungan
kedua-dua ebook tersebut, dan pastinya saya layak untuk menulis review
ini.
Saya pasti, untuk membuat
sesuatu pembelian bagi sesuatu produk itu, soalan-soalan seperti
dibawah pasti akan timbul dari fikiran anda;
"Sesuai ke ebook ini untuk saya?"
"Perlukah
saya mendapatkan ebook ni?"
"Adakah
panduan macam ni boleh saya dapat secara percuma di Internet?"
"Berbaloi ke beli ebook ni?"
. . . dan seribu satu soalan lagi bermain di fikiran anda sekarang.
Jadi, untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak
terhadap pembelian anda, saya telah menulis review untuk kedua-dua
produk ini dibawah.
Dan seterusnya, anda sendiri yang tentukan. :)
Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita baca satu per satu review
tersebut.
|
Review # 1 : Ebook Rahsia PPC
Percuma dari Mohd Naim.
Review
Tahap Satu : Isi Kandungan
Secara kasarnya, ebook ini membincangkan tentang bagaimana untuk anda
mendapatkan kupon pengiklanan dari pelbagai enjin carian termasuk :
1. Google Adwords,
2. Yahoo! Search Marketing,
3. MSN AdCenter,
4. Dan enjiin carian yang lain.
Sebagai pengenalan Mohd Naim (penulis) telah menghuraikan beberapa
'jargon' yang berkaitan dengan PPC seperti apa itu Pay Per Click, Kupon
PPC, Adsense, Affiliate, Perniagaan Online, dan Arbitrage.
Di halaman seterusnya penulis membincangkan bagaimana untuk mendapatkan
kupon-kupon bagi Yahoo! Search Marketing (YSM) serta langkah demi
langkah mengatifkan kupon tersebut.
Juga tidak lupa penulis juga memberikan sumber-sumber bagi anda untuk
mendapatkan kupon-kupon yang bernilai serendah USD $20 sehinggalah
setinggi USD $100.
Penulis juga menunjukkan satu screenshot bukti yang beliau sendiri
telah mendapat kredit pengiklanan sebanyak USD $100 hasil dari kupon
tersebut!
Seterusnya penulis menerangkan perkara yang hampir sama untuk
mendapatkan kredit pengiklanan di Google AdWords pula.
Disini penulis menyenaraikan 6 cara bagaimana untuk anda mendapatkan
kupon-kupon AdWords.
Secara jujur, saya agak
tidak menggemari cara ketiga di dalam ebook tersebut
kerana bagi saya ia bertentangan
dengan etika dan 'niat' anda semasa melakukan satu transaksi pembelian
itu. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada penulis dan
penulis sendiri telah menasihatkan agar cara ini tidak dipraktikkan,
dan ianya hanya sekadar informasi tambahan.
*Anda boleh memilih untuk melakukan cara tersebut atau tidak
berdasarkan pertimbangan anda sendiri.
Selepas panduan langkah demi langkah untuk mendapatkan kupon bagi YSM
dan AdWords, penulis masuk kepada bagaimana untuk mendapatkan kupon
bagi MSN AdCenter pula.
Di sini hanya terdapat satu cara sahaja, dan ianya agak mustahil untuk
kita di Malaysia mendapatkannya. Apapun jika anda tahu sedikit trik
anda mungkin boleh mendapatkan kupon MSN AdCenter yang bernilai USD $
75 ini.
Dan di bahagian terakhir ebook ini penulis tidak memberikan sebarang
langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan kupon bagi enjin
carian yang lain, tetapi ada menyatakan satu link URL yang
menyenaraikan lebih dari 100 enjin carian yang menawarkan kupon
pengiklanan.
Penulis juga ada memberikan 3 tips bagaimana untuk membuat pengiklanan
di enjin carian PPC kecil ini.
Jumlah keseluruhan mukasurat bagi ebook ini adalah 65 m.s.
Review
Tahap Dua : Pandangan Peribadi
1. Untuk siapa ebook ini?
Pada pandangan saya, ebook ini sesuai untuk semua peringkat golongan
usahawan Internet.
Jika anda baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan Internet, anda
boleh menggunakan informasi yang diterangkan di dalam ebook ini untuk
menjimatkan kos pengiklanan PPC anda.
Dan jika anda seorang usahawan Internet yang sudah berpengalaman, ebook
ini juga sesuai untuk anda, dengan alasan yang sama seperti diatas.
2.
Berbaloi ke beli ebook ini?
Jawapan saya, YA, amat berbaloi.
Jika anda mempraktikkan cara yang penulis ajarkan, wang pelaburan
sebanyak RM 30 ini akan 'kembali' dengan keuntungan kupon pengiklanan
bernilai ratusan Ringgit!
Anda tak percaya? Baik, kita buat sedikit perkiraan disini:
Wang guna untuk beli ebook ini = RM 30.
Nilai kupon tertinggi yang anda boleh terima dari AdWords jika anda
melakukan cara yang diterangkan = RM 176.96.
Pembayaran untuk aktifkan kupon AdWords = RM 20.
Pulangan Dari Pelaburan (Return On Investment - ROI) =
(176.96-30-20/30+20) * 100 = 253.92%!
Ya, anda sudah dapat lihat
nilai ROI dari ebook ini hasil dari perkiraan saya diatas. Itu sudah
cukup untuk menyatakan yang pembelian ebook ini memang berbaloi kepada
wang anda.
(Melainkan anda hanya mahu menjadikan ebook ini sebanyak koleksi
peribadi di dalam hard disk anda.)
Dan jika anda masih ragu-ragu, pembelian anda dijamin dengan pulangan
wang selama 6 bulan! Saya tak tahu nak cakap apa dah. :)
Review
Tahap Tiga : Secara Keseluruhannya.
Secara keseluruhannya, ebook ini wajib beli jika anda:
1. Baru hendak berjinak-jinak dengan pengiklanan PPC.
2. Mempunyai bajet yang terhad untuk pengiklanan PPC anda.
3. Mempunyai produk yang anda mahu pasarkan ke seluruh pelusuk dunia
dengan cara pengiklanan yang terpantas.
Dan anda tidak perlu
mendapatkan ebook ini jika anda:
1. Tiada asas bagaimana perniagaan dan pemasaran Internet itu berfungsi
(hint : Ebook SistemRahsia v.2.0 boleh
membantu).
2. Tiada komputer dan talian Internet. =P
Dan rating saya untuk ebook ini : 4.5/5 bintang!
|
|
|
Review # 2 : Ebook Panduan Asas
Yahoo! Search Marketing dari Rammel Firdaus Ramli.
Review
Tahap Satu : Isi Kandungan
Buku yang setebal 51 mukasurat ini membincangkan perihal program
pengiklanan yang dimiliki oleh enjin carian Yahoo!, iaitu Yahoo! Search
Marketing (YSM).
Sesuai dengan tajuknya, ebook ini membincangkan panduan-panduan asas
yang perlu anda tahu bagi memulakan kempen PPC anda di YSM ini.
Kandungan ebook ini dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu :
Bahagian
1 : Pengenalan Kepada Yahoo! Search Marketing.
Di bahagian ini Rammel (penulis) menceritakan asal usul YSM, dan juga
menerangkan perbezaan di antara YSM dan Google AdWords.
Penulis juga ada menyediakan contoh beserta grafik berkualiti tinggi
bagi memudahkan anda untuk memahami penerangan yang diberikan.
Bahagian
2 : Panduan Pendaftaran Yahoo! Search Marketing.
Di bahagian kedua ini penulis menunjukkan kepada anda langkah demi
langkah beserta screenshot dari proses pendaftaran sehinggalah
melancarkan kempen PPC pertama anda disitu.
Selain itu, penulis juga ada memberikan sumber untuk mendapatkan
katakunci (keywords) untuk setiap kempen. Penulis memberikan sumber
berbayar dan juga sumber percuma.
Bahagian
3 : Panduan Membuat Iklan.
Seterusnya di bahagian ketiga ini anda akan mempelajari :
i. Fungsi utama akaun YSM anda.
ii. Cara untuk menambah katakunci (keyword) pada kempen anda.
iii. Cara untuk menambah iklan.
iv. Cara untuk membuat kempen atau ad group baru.
v. Taktik penyebaran (distribution tactic) dan 'match type' untuk
kempen anda.
Sekali lagi disini penulis menggunakan banyak screenshot untuk memberi
pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca.
Bahagian
4 : Pengurusan Iklan, Tip & Teknik Asas.
Disini anda akan memahami :
i. Apa itu ad group (penerangan yang menggunakan grafik berkualiti
tinggi).
ii. Cara mencari katakunci (keyword) yang sesuai.
iii. Pengurusan katakunci dengan ad group.
iv. Indeks kualiti.
v. Tip untuk meningkatkan kualiti indeks(penerangan yang menggunakan
grafik berkualiti tinggi).
vi. Tips untuk mendapat kedudukan iklan yang baik serta menjimatkan kos
pengiklanan.
Perkara pertama (first
impression) yang keluar dari kepala saya setelah skimming ebook ini
adalah, "Wow,
sungguh professional!".
Saya telah membaca pelbagai ebook dari pelbagai sumber dan cukup untuk
saya katakan ebook tulisan Rammel ini sangat-sangat professional,
sehinggakan anda tidak akan percaya yang ianya ditulis dan dicipta oleh
seorang Internet marketer yang bekerja seorang diri!
Kualiti
persembahan ebooknya adalah setaraf dengan kualiti ebook-ebook yang
diterbitkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Yahoo! itu sendiri
(perbandingan setelah saya membaca pelbagai ebook yang diterbitkan oleh
team di Yahoo!)
Dari segi kandungan, ebook ini lebih berbentuk teknikal di mana tidak
banyak tulisan dan lebih banyak screenshot. Saya sendiri enjoy
membacanya. Susun atur grafik memang cukup menarik dan dengan bantuan
grafik tersebut saya lebih mudah untuk memahami kandungan yang ingin
disampaikan.
Review
Tahap Dua : Pandangan Peribadi
1.
Untuk siapa ebook ini?
Pada pandangan saya, ebook ini perlu untuk mereka yang zero tentang YSM
dan mahu menguasainya dalam masa yang singkat.
Jika anda baru sahaja hendak memulakan pemasaran melalui PPC ini, saya
sangat-sangat sarankan anda mulakan dengan YSM dan dapatkan ebook ini.
YSM bagi saya lebih kurang persaingan, lebih kurang 'karenah', dan
sumber traffiknya lebih targeted.
2.
Berbaloi ke beli ebook ini?
Jika saya bayar RM70 (harga
pengenalan) untuk dapatkan hanya satu ebook ini, jawapan saya tidak
berbaloi.
Tetapi, penulis telah menambah empat bonus ebook tambahan khas iaitu :
i. Panduan Asas PPC Dari A ke Z
ii. Laporan 1 : Keyword Matrix
iii. Laporan 2 : Rahsia Kredit Pengiklanan Percuma.
iv. Laporan 3 :Manipulasi Kredit Pengiklanan Percuma.
...lalu menjadikan pembelian ebook ini juga berbaloi dengan wang anda.
Sebagai contoh di dalam laporan 2, anda boleh mendapat kupon
pengiklanan YSM bernilai USD $100 secara percuma dan jika dikira
ROI-nya (seperti di review atas), nilainya adalah 342.86%!
Di dalam laporan 3 pula penulis menyatakan empat strategi yang anda
boleh gunakan untuk memanipulasi kredit percuma YSM anda. Saya suka
strategi pertama kerana penulis telah 'menyedarkan' saya bahawa
keuntungan secara pasif yang berterusan adalah lebih baik dari
keuntungan sekali dapat sahaja.
Review
Tahap Tiga : Secara Keseluruhannya.
Secara keseluruhannya, ebook ini
memang untuk mereka yang :
1. Zero tentang YSM dan mahu menguasainya dalam masa yang singkat.
2. Mahu traffik yang lebih target, dan mempunyai bajet iklan PPC yang
rendah.
3. Hendak berjinak-jinak di dalam pengiklanan PPC. YSM adalah tempat
yang terbaik bagi saya untuk anda kutip pengalaman berkaitan pemasaran
melalui PPC berbanding AdWords.
Dan anda tidak perlu
mendapatkan ebook ini jika anda:
1. Sudah mempunyai akaun YSM dan sudah menggunakannya.
2. Tiada niat untuk menggunakan
YSM sebagai saluran pemasaran produk anda.
Dan rating saya untuk ebook
ini : 4.5/5 bintang!
|
|
Sudah
habis baca?
Bagaimana? Bercadang nak beli? Tak?
Baiklah, saya takkan paksa anda untuk beli atau tidak. Anda dah baca
review saya diatas dan anda boleh tentukan sendiri samada anda mahu
membuat pelaburan ilmu ini ataupun tidak.
Tetapi jika anda membuat keputusan untuk membeli...
"Saya Ada Bonus Edisi Terhad
Untuk Anda"
Seperti anda tahu, kedua-dua
ebook ini mempunyai kandungan yang sangat bagus bagi anda yang mahu
memulakan pemasaran anda melalui PPC.
Namun, apa yang saya dapati, terdapat beberapa info yang sepatutnya
anda perlu tahu tidak ada di dalam kedua-dua ebook ini.
Maka sebab itulah saya menulis ebook ini, Manual PPC - Menyambung Garis
Yang Hilang, bagi membantu anda untuk 'melengkapkan'
pembelajaran anda di dalam pengiklanan PPC ini.

Manual PPC - Menyambung Garis Yang Hilang (Bernilai RM47!)
Apa yang
anda akan pelajari di dalam manual ini:
- Empat
kesilapan 'orang baru' di dalam pengiklanan Google AdWords! Awas, anda
mungkin akan rugi beribu-ribu Ringgit jika melakukan empat kesilapan
ini!
- Tips bagi mendapat skor kualiti (Quality Score) yang tinggi di AdWords sekaligus mendapat bidaan minimum yang rendah. Anda mungkin berkata tips saya adalah teori semata-mata tetapi anda boleh lihat screenshot dari salah satu kempen saya di AdWords (dari akaun AdWords saya yang menggunakan Ringgit Malaysia sebagai currency utama):
- Menyambung
Garis Pertama
Yang Hilang : Kajian Katakunci.
- Bongkar satu teknik percuma yang ramai masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan katakunci (keyword) yang targeted dengan hanya menggunakan Google!
- Menyambung
Garis Kedua
Yang Hilang : Keyword Tracking (jejak katakunci).
- Sumber percuma untuk anda gunakan bagi melakukan kerja keyword tracking ini.
- Langkah demi langkah membina MySQL database seterusnya memasang skrip tracking percuma ini.
Panduan ini TIDAK dijual dimana-mana dan saya tidak bercadang untuk menjualnya pada masa hadapan.
"Anda
Hanya Boleh Mendapatkan Ebook Panduan Ini Apabila Anda Membuat
Pembelian Mana-mana Ebook PPC Diatas Melalui Link Affiliate Saya."
Ya, mudah sahaja. Jika anda berminat sila ikuti langkah dibawah:
|
Langkah-Langkah Mendapatkan Ebook 'Manual PPC - Menyambung Garis Yang Hilang' Secara Percuma!
Langkah Satu : Clear cookies anda. Caranya seperti berikut =
Tools >> Clear Private Data >> Tick 'Cookies' >> Click Private Data Now
Langkah Dua : Buat pembelian mana-mana ebook melalui link affiliate saya dibawah:
Ebook Rahsia PPC Percuma : http://www.sistemrahsia.com/ppc/ppcpercuma/
Ebook Panduan Asas YSM : http://www.sistemrahsia.com/ppc/ysm/
Langkah Tiga : Hantarkan bukti pembelian (resit pembelian) kepada saya.
Sila hantarkan sebarang bukti pembelian anda (nama, emel, tarikh dan
masa pembelian) dengan tajuk 'Bonus Manual PPC' ke : sales (at)
SistemRahsia.com
Langkah Empat : Tunggu sehingga pembelian anda melalui link affiliate saya disahkan, anda akan menerima ebook bonus Manual PPC melalui emel.
|
|
Bonus Tambahan Untuk Pembelian Ebook 'Panduan Asas Yahoo! Search Marketing'.
Memandangkan
ebook Panduan Asas Yahoo! Search Marketing lebih mahal berbanding ebook
PPC Percuma, jadi tidak adillah jika bonusnya tetap sama. Jadi, saya
telah menetapkan untuk menambah satu lagi bonus bagi pembelian ebook
Panduan YSM melalui link affiliate saya, iaitu
"Ebook 'SEM For Skimmers'"
Ebook ini sedang laris dijual di Warrior Special Offers pada harga $17
(RM 53) tetapi anda akan mendapat ebook ini secara percuma!
Apa yang dibincangkan di dalam ebook ini?
Ia membongkar satu taktik bagaimana untuk meningkatkan kadar klik
(Click Through Rate - CTR) kepada iklan teks anda di Google AdWords.
Saya sendiri telah mencuba taktik ini dan lihat hasilnya :
Anda lihat petak bewarna merah jambu. Ia adalah hasil dari implementasi taktik tersebut. Lihat peningkatan CTR sebanyak 143.14% !
Jadi, dengan setiap pembelian ebook panduan asas YSM anda akan menerima bonus tambahan ini.
|
|
Jadi, jika anda rasakan
pembelian melaui link affiliate saya sekaligus mendapat bonus edisi
terhad ini sebagai pelaburan yang berbaloi, buatlah pembelian anda
sekarang.
Demi kejayaan kempen PPC anda!

Amirul Faisyal
|
|