Salam sejahtera wira-wira SistemRahsia!
Saya mungkin sedang sibuk menyiapkan ebook terbaru saya iaitu TeknikNiche (setakat ni dah siap 63 m/s, mungkin jumlah total akan lebih dari 100 m/s), namun, baru sebentar tadi saya mendapat satu komen berbunyi begini:
“saya tak penah dapat sale langsung dari affiliate yg saya joint?
any tips?”
Saya sudah sampai suku jalan menulis jawapan kepada persoalan diatas, namun tiba-tiba terfikir sejenak;
“Alangkah lebih baik kalau saya berkongsi dengan semua orang!”
Kalau tulis dibahagian komen sahaja mungkin tidak ramai yang akan membaca, tetapi bila tulis entri macam ni, kadar exposure akan lebih meningkat.
Baiklah, hari ini saya akan berkongsi dengan anda sedikit hasil kajian simple saya terhadap rakan-rakan affiliate SistemRahsia yang telah berjaya melakukan jualan.
Dan saya harap anda dapat belajar sesuatu dari mereka ini.
————————————————————-
Tips Affiliate SR Berjaya Jual 1: Mereka mempunyai mailing list mereka sendiri.
Tidak dinafikan lagi ‘the money is in the list’.
Lihat saja seorang rakan JV saya, Bitol. Dengan menghantar hanya satu emel sahaja tentang pakej SistemRahsia v.2.0, beliau telah berjaya membuat jualan sebanyak RM1000 dalam masa sehari sahaja.
Ya, beliau mempunyai list yang besar. Saya agak dalam 5k hasil dari InternetMuda.com beliau.
Jadi, untuk anda affiliate yang masih belum membina mailing list anda, bertindaklah sekarang. Jika anda kekurangan modal untuk mendapatkan servis autoresponder, guna yang percuma dahulu.
Dan apabila anda menggunakan autoresponder percuma, pastikan anda memanfaatkan sepenuhnya lsit anda dengan cuba me-monetize-kan mereka dalam apa jua sekalipun.
Cuma satu perkara penting yang mesti diingat apabila anda membina list, pastikan anda deliver the value kepada subscriber anda.
Beri mereka hadiah-hadiah percuma, ebook percuma (jangan bagi yang berbayar sudahla), software percuma dan apa saja yang akan menjadikan subscriber anda lebih selesa dengan anda.
Dengan kata lain pamper your subscribers. Jadikan mereka selesa dengan anda seperti anda seorang rakan baik mereka.
Tips Affiliate SR Berjaya Jual 2 : Mereka Fokus Kepada Promosi Mereka.
Lihat saja en. Smartzul dari SmartUsaha.com, lihat betul-betul program affiliate apa yang beliau promosikan di blog beliau…
“Semunya produk berkaitan perniagaan Internet!”
Anda ada nampak beliau letak banner program affiliate kain songket? Atau program affiliate kayu kokka?
Tidak sama sekali. En. Smartzul tahu bahawa blog beliau adalah blog perniagaan Internet, dan pastinya audiensnya terdiri daripada usahawan Internet sendiri atau mereka yang berminat untuk mempelajari perihal perniagaan Internet.
Ya, peminat kayu kokka BUKANLAH audiens blog beliau sama sekali. Jadi beliau tidak langsung meletakkan banner promosi kayu kokka.
It goes the same with your blog. Tentukan audiens anda, apa yang mereka minat? Kenapa mereka datang ke blog anda?
Dari sini anda akn lebih fokus di dalam mempromosikan program-program affiliate.
Be choosy type of person.
Jangan disebabkan oleh program affiliate A bayar lebih tetapi ia tiada langsung kaitan dengan kandungan/tema blog anda, anda terus join dengan harapan akan mendapat jualan dari program affiliate A tersebut.
Tips Affiliate SR Berjaya Jual 3 : Mereka Syorkan Pada Rakan Mereka Yang Berminat.
Cara ini mirip kepada tips affiliate pertama saya, iaitu menulis review produk di blog.
Kunci disini adalah, jika anda telah memiliki produk SR v.2.0, anda ada kelebihan untuk mengesyorkan produk ini kepada rakan anda.
Ya, ada seorang affiliate yang telah berjaya melakukan jualan, apabila saya lihat statistik click through beliau, jumlahnya hanya satu klik sahaja!
Dari sini saya membuat assumption awal, yang beliau telah mengenali rakannya yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet dan mendapati produk SR v.2.0 ini sesuai untuk rakannya itu.
Tanpa melengahkan masa beliau memberi link affiliate beliau kepada rakannya untuk membuat pembelian. Dan beliau mendapat jualan yang pertama!
————————————————————
Cukup rasanya tiha pendedahan maut affiliate-affiliate berjaya SistemRahsia. InsyaAllah di lain hari saya akan tambah lagi (ada lagi ni, insyaAllah saya tambah lagi), demi kebaikan anda.
Tips ini bukan saja anda boleh aplikasikan untuk mempromosikan program affiliate SR v.2.0 atau PanduanAffiliate.com, malah apa jua program affiliate yang anda sertai.
Sebarang masalah anda boleh ajukan melalui blog ini (komen) atau terus menghantar tiket di support saya di :
http://www.SistemRahsia.com/support
InsyaAllah saya akan membantu anda sedaya yang boleh.
Selamat berjuang, affiliate!
Amirul Faisyal,
Pengurus Affiliate,
SistemRahsia.com
Share This
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Recent Comments